Posts

Showing posts from October, 2020

Buah-Buahan

Image
Buah-buahan  merupakan anugerah Tuhan yang sangat tidak ternilai. Hal ini kerana buah-buahan terdiri daripada seribu satu manfaat yang boleh kita perolehi bagi mengekalkan kesihatan diri. Buah-buahan memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang sangat baik untuk tubuh badan. Dengan itu, buah-buahan telah diletakkan pada aras dua Piramid Makanan bersama sayur-sayuran yang menunjukkan betapa tingginya khasiatnya kepada kita semua. Pengambilan buah-buahan mengikut jumlah hidangan mencukupi dapat memastikan tubuh badan dan otak kita menerima semua nutrien yang cukup bagi membolehkannya berfungsi dengan baik. Oleh itu, kita digalakkan untuk mengamalkan pemakanan buah-buahan pada setiap hari.    Kenali 10 Nama Buah dalam Bahasa Arab   1) عِنَبٌ = Anggur 2) جَوَّافَةٌ = Jambu 3) تَمْرٌ = Kurma 4) بِطِّيخٌ = Tembikai 5) بُرْتُقَالٌ = Limau   6) مَو‌ْزٌ = Pisang 7) فَرَوْلَةٌ = Strawberi 8) رُمَّانٌ = Delima 9) نَجْمِيَّةٌ = Belimbing 10) تُفَاحٌ = Epal